Thursday, 27 February 2014

Kelas Menjahit



Assalamualaikum...

Lama sungguh Atie tidak menulis apa-apa disini...otak rasa macam dah beku , keras macam batu . Masa begitu cemburu sekali . Agak- agak yerlah ada tak orang semacam Atie nie yang suam-suam kuku berblog.

Maklumlah setahun yang lepas Atie sibuk dengan baby..jadi masa untuk berblog amatlah terhad. Sedangkan Atie bekerja. Jadi sampai rumah lewat malam. Masa dengan keluarga amatlah terhad. Jadi pada Atie, Atie lebihkan keluarga dahulu, jadi berblog nie, Atie tutuplah senang cerita untuk seketika. Keadaan dah pulih sediakala dan ada masa barulah Atie mula berblog itupun tengok keadaan dan masa.

Untuk Atie panjang sangat pun takut teman- teman boring pulak. Cuma hendak berkongsi aktiviti tahun lepas tidaklah banyak mana. Dalam sibuk membesarkan anak, Atie berkesempatan jugalah   memasuki kelas menjahit yang dianjurkan oleh Giat Mara Kelompang, Bulan Oktober 2013 Seronok juga, maklumlah minat ada jadi Atie tidak lepaskan peluang yang ada. Atie mengikuti kelas hanya cuti ujung minggu. Jadi Atie terpaksa mengurangkan sedikit masa dengan keluarga demi minat. Cita-cita hendak jadi tukang jahit tu ada, Insyaallah kalau diberi keizinan oleh allah serta minat akan Atie teruskan.


 Gambar bersama Cikgu Fairuz - kelas menjahit seluar slack.


Kelas yang Atie ikuti adalah kelas menjahit kemeja , Yaallah dalam hati boleh ker Atie buat, pegang  kain tak pernah apatah lagi mesin.  Bukan calang-calang mesin yang diguna  , mak aiii mesin jahit heavy duty kau. Mulalah rasa seram sejuk, cuak pun ada pun yelah yang ada dekat rumah pun tak sentuh apatah lagi kursus. Sebab minat Atie tawakal ajerlah. Alhamdulilah atas tunjuk ajar Cikgu serta rakan-rakan  yang mengikuti kursus jahitan keyakinan serta minat jadi jugalah hasil yer. Walaupun tak sekemas secantik yang diluar sana..dah nama belajarkan. Walaupun kursus yang Atie ikuti bukan lama sangat pun selama 4 sessi sahaja. Masa itulah Atie belajar apa itu mesin jahit serta teknik-teknik jahitan. Banyak pengalaman sepanjang kursus yang dianjurkan.

Atie tidak berhenti setakat 1 sessi kursus sahaja Atie memasuki kelas jahitan seluar slack pula, boleh tahan  juga cara membuat seluar slack, Patutlah harga diluar sana mahal rupa -rupa agak rumit hendak membuat yer. Stress pun ada lagi2 bab kocek belakang. Mujurlah sessi kali nie selama 6 sessi panjanglah sikit. Jadi Atie kena betul-betul mempelajari . Rugilah kalau kita tak menghargai. Alhamdulillah selesai juga kelas jahitan seluar slack. Tengok tu siap posing lagi akak-akak tu dengan seluar mereka. Saya tukang ambik gambar sahaja.





No comments:

Post a Comment