Lama juga Atie tak berblog...rasa kekok untuk bercerita ...masa begitu pantas sekali..nak berkongsi dengan kawan-kawan. Sepanjang mengandung Atie memang tak buka blog, mungkin pembawakan kut. Nak bercerita pun tak ada yang menarik. Jadi blog ini terbiar macam tu sahaja.Kesian diakan. Sepanjang Atie mengandung Atie lebih suka baca blog dan pengalaman orang-orang diluar sana .Atie baru sahaja lepas bersalin.Sebelum bersalin tercari -cari juga set berpantang ..diluar sana bermacam-macam jenis set bersalin ada yang murah dan ada yang mahal. Kiraan ikut kemampuanlah.
Usia kandungan 7 bulan , Atie dah start mula cari set berpantang. Dulu masa anak pertama mak yang buatkan.Tak sangka pulak anak pertama kena jaundis.Tapi alhamdulillah tidak teruk sangat. Jadi untuk anak kedua takut akan terkena jadi Atie berhati-hati memilih produk set berpantang yang tak menggunakan jamu. orang kata jangan terlalu awal sangat, tapi yang penting untuk kesihatan kita maklumlah zaman sekarang boleh dikatakan kaum wanita bekerja samada dirumah mahupun luar rumah. Kadang tak sedar terlalu sibuk kerja kesihatan pun terabai.
Apabila dah tahu diri dah berbadan dua, Atie rajin juga membeli majalah pa&ma, dari situ Atie ternampak satu produk set bersalin tanpa mengunakan jamu.Tengok harga boleh tahan jugalah, tapi Atie tengok produk lain dipasaran pun lebih kurang juga. Cuma kebanyakkan ada jamu. Bukan tak nak makan jamu tapi lebih baik jangan makan dululah tengok keadaan baby juga. Sebelum beli tu Atie search dulu kat intenet ,tengok pengalaman mereka yang menggunakan produk tersebut.Setelah ada keyakinan Atie terus beli satu set produk postnatal dari Tanamera. Duta produk tersebut adalah anak chef wan. so tak ragu-ragu lah. Buat masa ini Tanamera dibeli secara online. Outlet pun tak banyak sekitar lembah klang sahaja. Jadi kepada bakal-bakal ibu yang tidak suka makan jamu cubalah produk tanamera.
Atie nak berkongsi pengalaman menggunakan produk tanamera ini.Terutamanya VCO iaitu minyak kelapa dara.Bau minyak Vco sangat best dan sedap macam baru buat.Tu yang Atie suka. Terutama masa mengandung sapukan kat perut yang mempunyai rekahan .Selain tu boleh digunakan untuk kanak-kanak serta losyen untuk diri. Minyak tersebut terus meresap dalam badan.Selama Atie menggunakan. Buat pergi kerja pun boleh. Insyaallah tak ada masalah.
Mungkin dari pengalaman pertama Atie kurang mahir dan kurang pengetahuan, jadi kali kedua ini Atie cari pengetahuan sebanyak mungkin alhamdulillah pengalaman dari kekawan serta cari ilmu dari intenet dapat juga membantu Atie untuk anak kedua ini.
No comments:
Post a Comment