Thursday, 27 February 2014

ESP- Shaklee -Dirimu begitu berharga

Saya ingin berkongsi sedikit pengalaman saya bersama produk shaklee. Sapa tak kenal Shaklee....ohh ada yang tak tahu rupa yer. Tak kisahlah saya pun dulu tak kenal apa itu shaklee. Saya kenal atas sebab penyusuan . Atie berniat untuk menyusukan anak yang kedua sehingga 2 tahun kalau diizinkan oleh allah. Jadi semasa mengandung Atie banyak membaca artikel tentang penyusuan. Rasa sedih dan agak terkilan juga sebab kurang pengetahuan tentang penyusuan ibu amat penting. Kali ini Atie niat untuk mencuba yang terbaik dari sebelum ini. Harap tidak terlambat. Sambil tu Atie ada juga tanya kepada kawan. Mereka memperkenalkan produk shaklee iaitu ESP. ESP sangat bagus dalam penghasilan susu ibu. Atie macam teruja jugalah. Keinginan dihati ingin mencuba mana kita tahu kalau kita tidak memcuba. Jadi Atie carilah produk shaklee di blog2 penyusuan. Banyak memberi komen tentang ESP sangat bagus yang mana susu tak ada pun boleh ada, penghasilan susu pekat dan banyak. 

Alhamdulillah Atie jumpa blog www.permatacintaku.blogspot.com. Tapi Atie mengunakan ESP selepas bersalin. Perasan takut tu adalah maklumlah first time makan suppliment shaklee pulak tu time baru lepas bersalin. Paham-paham jerlahkan. Tapi yang penting niat untuk memberikan penyusuan anak tu lebih. 
 Lepas bersalin doktor mengesahkan anak Atie G6PD. Yaallah allah telah memberi aku sedikit dugaan. Tak tahu nak kata masa tu. Atie terpaksa ditahan  buat sementara waktu untuk pemantauan anak Atie. Kebetulan dalam pada masa yang sama Atie kekurangan darah. Semasa di hospital setelah doktor mengesahkan Atie dan anak Atie ditahan untuk pemantauan, dikuatiri anak Atie terkena kuning yang agak serius tapi Atie tidak tunggu Atie fokus pada baby sahaja sentiasa menyusukan pada jer. Setiap setengah jam akan Atie beri susu pada yer. Sedih tengok baby yang masih kecil sentiasa dicucuk. Ibu mana tak sedih tengok keadaan demikian..Masa itu belum lagi makan shaklee.

ESP- Shaklee
Balik rumah Atie berpantang dikampung , kali ini Atie tidak makan jamu langsung takut dikhuatiri anak kuning, jadi Atie makan terus produk shaklee ESP, B-Complex. Sepanjang Atie berpantang  Atie minum ESP sebagai minuman pagi  Atie. Alhamdulillah Atie amalkan minum ESP susu limpah ruah..Alhamdulillah setahun sudah, Aneesa masih menyusu badan lagi , Atie masih mengepam lagi .
Pertama kali pam susu dengan mengunakan Pam Medela

Sessi ke-2 mengepam
Susu yang telah dipam semasa dalam pantang satu bulan




Baby Nuraneesa Damia







No comments:

Post a Comment