Baru - baru nie, taska Haziq ada
pembelajaran baru iaitu melibatkan pengunaan apron. Tak kisahlah subject apa
yang die belajar janji die minat . Kebetullan ustazah nak mengunakan apron. Apa lagi laju aje Atie cari kain untuk membuat
apron untuk Haziq, Pening juga nak cari jenis kain yang sesuai untuk
budak-budak nie. Perasaan teruja menjahit , maklumlah baru lepas belajar jahit
baju kurung.
Mulalah Atie google tengok apron untuk kanak-kanak.Google-google …ishh susah juga nak cari pattern apron
kanak-kanak. Akhir dapat juga Atie pattern apron untuk kanak-kanak.
Harap bersesuaianlah.
Pattern Apron kanak-kanak
Gambar Haziq serta apron.
Dah siap apron , Haziq bawa apron ke sekolah, Jadi Ustazah Haziq berminat dan meminta Atie buatkan apron untuk pelajar Celik Ilmu. Seronok betul Atie dapat peluang membuat apron untuk kanak-kanak Celik Ilmu. Ditambah lagi topi ala-ala chef, ingat mudah nak buat topi chef , rupa-rupa rumit juga…adoh nampak jer mudah, bagi Atie yang baru merangkak belajar ambil masa jugalah…bukan 1 atau 2 helai tapi 16 helai. Berpinar jugalah..masa Atie buat pun lepas kerja-kerja rumah selesai dan anak-anak tidur. Barulah Atie beroperasi. Ini memberi peluang untuk Atie belajar menjahit. Sejujur dengan ikhlas masih ada orang tengok hasil kerja kita walaupun tak seberapa. Alhamdulillah…maka disini titik permulaan ..Atie mengasah bakat yang ada. Insyaallah akan Atie cuba perbaiki lagi kekemasan jahitan.
Jadi Atie dah cari warna yang sesuai , lalu Atie buatkan untuk Haziq, seronok tengok hasil kerja tangan untuk anak kesayangan.Alhamdulillah…tak sia-sia belajar menjahit. Dan bersyukur sangat sebab mesin jahit masih lagi dengan saya , kalau ikut hati binasa saya dah jual. Atas nasihat orang tua. Alhamdulillah saya masih lagi simpan mesin jahit , kerana dirimu amat berharga .
Percubaan pertama - hasil kerja Atie
Topi kanak-kanak sesuai yang berumur 3-5tahun
Bahagian belakang topi
Bahagian depan topi
Akhir dapat juga anak jiran jadi model , alhamndulillah rezeki.
Lagi Apron
Selesai siap apron untuk anak - anak celik ilmu , alhamdulillah Puan Izzah minta buatkan untuk anak -anak die dan die. Nak sedondon, ada baki kain lagi jadi dapatlah atie buatkan apron untuk Puan Izzah. Gambar akan menyusul kemudian.
No comments:
Post a Comment