Monday 15 September 2014

Mesin Jahit Tepi JUKI MO-05e

              Sejak Atie mula menyulam ni...kena selalu pulak menjahit tepi kain. Sekali jahit boleh tahan juga harga yer. Fikir- fikir sampai bilakan . Jadi Atie mulalah mencari-cari mesin jahit tepi yang mampu milik yang sesuai. Hati tu berkenan hendak guna mesin jahit tepi industri. Besar sungguh hati ini. Boleh tahan jugalah harga. Memandangkan bajet yang kurang mampu serta ruang yang agak sempit jadi hasrat untuk memiliki pendam buat sementara waktu. Ok sementara waktu je tau. Insyaallah jika diberi rezeki yang lebih akan ku miliki jua satu hari nanti. Amin...

           Apalagi Atie ..googleslah tempat Atie mencari  bahan rujukan mana yang sesuai . Selain itu juga Atie ada tengok juga kat FB - kekawan yang menjual mesin jahit tepi fortable . Atie memang tak tahu hendak guna alat mesin jahit tepi yang fortable . Disebabkan ianya satu keperlukan sebagai seorang kraftangan yang melibatkan jahitan, Maka nak tak kena juga ambik tahu...ahahh ambik mak Temah...baru tahu bukan senang nak jadi senang dan bukan senang kerja seorang kraftangan.

         Pertama sekali Atie survey nama mesin jahit tepi yang popular diMalaysia  seperti jenama Singer, Brother  dan Juki. Jenama lain pun ada tak kurang hebat yer.Tak perlah yang penting produk-produk ini mudah dicari. Kemudian Atie survey bahagian fungsi mesin-mesin tersebut.
Maklumlah tak tahu, kena tahu. Bila hati dah tertawan dan boleh handle Atie carilah pengedar mesin jahit tepi . Jadi Atie pilih mesin jahit tepi jenama JUKI . Biasa Jenama Juki orang guna untuk mesin jahit industri, tapi sekarang JUKI telah mengeluarkan satu produk baru iaitu mesin jahit tepi fortable.  Ok ker...entah, Atie cuma. Atie tengok fungsi sama dengan mesin jahit tepi brother, kebetulan mesin jahit Brother kehabisan stock. Jadi Atie survey kat FB. Alhamdulillah allah beri petunjuk satu tempat iaitu Kedai Manik Axis Atrium. Dari Atie nak mencuba mesin jahit tepi Brother dapat yang JUKI. Bolehlah...yang penting fungsi sama. Setelah dapat kata sepakat dari suami, Atie buat pertemuan dengan sis yati untuk jual beli. Lupa pulak nama yer..mohon maaf sis..Alhamdulillah suami beri support pada Atie untuk buat kraftangan.

Mohon maaf sangat sebab tak sempat nak ambik gambar dengar dealer mesin nie. Tak sangka sis nie dah masuk dalam akhbar sinar kalau tak silap Atie. Ahh kelas gitu. Bukan calang-calang orang. Sis Yati siap beri tunjuk ajar lagi cara-cara untuk mengendalikan mesin jahit tepi ini.

Inilah model mesin jahit Tepi JUKI MO-50e

Mesin Jahit Tepi Model MO-05e 

Disediakan tempat untuk peralatan
bahan mesin.

Bunyi yang senyap mudah dibawa
 kemana-mana.
Serta mudah dikendalikan.


Lihat ahh sikecik nie pun nak menjahit juga.


Kepada kekawan diluar sana ingin memiliki mesin jahit tepi  fortable saya syorkan jenama juki atau brother. Jika ingin maklumat lebih lanjut boleh hubungi Atie.

7 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Boleh tunjuk setting untuk jait tepi tudung x..

    ReplyDelete
  3. kalau guna 4 benang... setting dia berapa ek?

    ReplyDelete
  4. harganya utk yg jenis elok dan kecil, agak2 brpe ek??

    ReplyDelete
  5. boleh share mcm mana setting utk jahitan x...

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete