Friday 20 June 2014

Belajar menjahit Baju Kurung

Alhamdulillah ...allah beri nafas lagi kepada kita semua. Syukur kehadrat illahi.
Assalamualaikum lama saya tak update blog saya. Kesuntukkan masa bekerja serta keluarga terpaksa Atie utamakan dahulu barulah hobi Atie.

Bulan lepas saya sekeluarga sibuk membuat persiapan adik perempuan Atie kahwin. Alhamdulillahh semuanya berjalan dengan lancar.




Hanya ini sahaja yang dapat disnap 
sekitar majlis pernikahan adik




Hasil kraftangan dari ibunda Atie Sendiri
Selesai sudah majlis kahwin adik Atie, Atie terus masuk kelas menjahit membuat baju kurung yang dianjurkan oleh Mara -Program 1Malaysia. Cikgu yang mengajar ini adalah cikgu Rohana.Walaupun cuaca yang agak panas tambah lagi badan yang tidak berapa sihat Atie tetap pergi mengikuti kelas tersebut. Alhamdulillah selesai juga membuat sepasang baju kurung.






Sessi bergambar selesai membuat baju kurung

Setelah selesai mambuat baju kurung , Atie terus sambung membuat baju kurung moden pulak. Tak sempat nak snap gambar. Diikuti kelas membuat baju kurung moden yang yang diajar oleh cikgu Fairuz.

Ini pula  sessi membuat baju kurung moden

Atie bersyukur dapat mempelajari dalam bidang jahitan, walaupun dulu tak pernah pegang mesin jahit. Setakat apa itu mesin jahit tahu , tapi setelah belajar disini rasa keseronokkan dan kepuasan ada disini. Alhamdulillah harapan program sebegini diteruskan.Insyaallah.









No comments:

Post a Comment