Friday 19 September 2014

Kelas Sulaman Reben Julung kalinya diadakan.


Baru-baru ini, Atie ada buat kelas sulaman reben. Atie buat kelas sulaman reben ini atas permintaan kawan-kawan. Alhamdulillah sokongan dari keluarga dan kawan, Atie adakan kelas sulaman reben. Perasaan takut gementar tetap ada maklumlah ilmu yang tidak semana boleh buat kelas. Bak kata pepatah dimana ada kemahuan disitu ada jalan. Insyaallah allah sentiasa mengiringi kita sekiranya kita melakukan kebaikan  untuk semua  orang. Bukan  calang-calang orang yang belajar , orang yang sudah ada asas dalam jahitan lagi kalau dibandingkan dengan Atie. Berkat kesabaran dan keyakinan, Atie mencuba. Bak kata pepatah alang-alang penyeluk pekasam biar sampai penggal jalan. Atie berdoa semoga dipermudahkan segala urusan dalam mengajar  bidang kraftangan ini berjalan dengan baik. 

Hasil usaha kawan-kawan jahitan dalam menghasilkan sulaman reben.Walaupun pertama kali buat, tapi minat terhadap sulaman terserlah...itu baru 1 hari kalau dipraktikan insyaallah berkat kesungguhan allah permudahkan yer.amin..



            Saya bersyukur kerana dapat 
berkongsi ilmu 
kepada rakan-rakan.





No comments:

Post a Comment