Sunday 6 November 2011

Migrain...migrain...Adoh...datang lagi...

Salam semua...
Selamat Hari raya semua kepada mereka yang beragama islam..Nak minta petua kepada you all diluar sana tu..macamana nak kurangkan migrain pun jadilah...sakit kepala yang amat sangat...kekerapan yang berlaku selepas saya bersalin..boleh dikatakan setiap bulan. Mengharapkan ubat sahaja sampai bilakan..Kadang malas nak pikir..terpaksalah telan...bermacam petua dah cuba still masih belum ada yang betul2 meredakan.
Atie masih mengharapkan kalau ada yang sudi berkongsi masalah yang atie hadapi...amat2 dialu2kan..

Raya korban kali nie atie sekeluarga balik kampung atie, nak dijadikan cerita...balik kampung nak makan sup daging maklumlah itulah sajian utama yang biasa keluarga nantikan..tapi disebabkan kepala yang sakit sejak balik maka terbantutlah...untuk menjamu hidangan yang cukup enak tu..2 hari atie tak lalu makan sedih rasa yer..

Beriya2 balik kampung untuk menyiapkan sulaman reben..tapi apakan daya..kesihatan yang tidak mengizinkan maka tersimpanlah ia didalam beg...apapun hati nie sentiasa ingin mencari idea2 baru untuk sulaman. Melihat sulaman kak ina(sulamchanting) n diari ann hati nie sentiasa ingin mencuba dan mempelajari dari mereka. Mereka adalah sifu saya.

No comments:

Post a Comment