Thursday 29 December 2011

Cuti-cuti Malaysia - Teluk Batik




      Tinggal berapa hari sahaja lagi tahun 2011 akan melabuhkan tirai yer..sekejap sahaja masa berlalu tanpa kita sedarikan. Kita yang masih bertenaga dan kuat lagi berusahalah menjadi yang lebih baik samada dari segi fizikal dan  mental. Dunia yang begitu mencabar ini memerlukan kedua- dua yer..persaingan antara satu sama lain banyak memberi impak kepada diri sendiri. Walaupun atie masih baru dalam dunia berblog ini... tapi banyak yang perlu diperbaiki. Dunia IT ini banyak pengajaran dan faedah yer jikalau kita betul -betul mempergunakan yer..Ramai yang tahu mungkin ramai yang tidak tahu bahawa dunia IT ada baik dan buruk yer..Tapi kita sebagai manusia yang diberi akal fikiran oleh allah jadi berfikirlah sebelum melakukan sesuatu. Tidak salah kalau kita  menggunakan ye. Orang kata setiap manusia tidak lari dari melakukan kesilapan. Mudah-mudahan allah memberkati setiap apa yang kita lakukan.

         Kesempatan ini , mohon maaf kepada mak ngah dan auntie Ina sebab tempahan anda dalam pemprosesan. Maklumlah minggu lepas badan atie tak berapa sihat. Insyaallah tempahan anda akan atie buat sebaik mungkin insyaallah.

          Kebetulan ujung tahun banyak agenda yer..maklumlah dengan kenduri kahwinlah dan kenduri kesyukuran sana sini, Itu tidak bermakna atie sekeluarga tidak dapat bercuti, Pada cuti umumlah kami sekeluarga serta keluarga belah suami pergi bercuti beramai-ramai. Kali ini kami bercuti di Teluk Batik, Perak. Kami Bercuti selama 3 hari 2 malam. Kami stay di Teluk Batik Resort yang ditempah oleh Auntie Shima. Tima kasih Auntie. Kami bertolak dar rumah nenek, sebanyak 4 buah kereta bergerak dari Batang Kali pada pukul 9.30pagi. Suasana pagi yang baik, baru lepas hujan. Perjalanan mengambil masa selama 3 jam.

                                 Khairul Haziq setia disisi abah die walaupun 3jam perjalanan


Sementara menunggu Auntie Shima register, sempat posing sekejap kat Lobby Teluk Batik Resort. Hilangkan kepenatan didalam kereta.

Petang tu juga die main dalam kolam renang. Siap beli palampung lagi. Tapi takut nak naik.
Itulah Khairul Haziq.



Hari ke-2 pada 25/12/2011
Khairul Haziq Birthday

                                                             Ini Keluarga Akak Mella
                                           Sessi berposing menanti Auntie Shima bersiap


Bersiap sedia nak cari sarapan pagi.


                             
                                   Lepak di Jetty Teluk Batik -Marina Island , Jetty ke-2 untuk ke Pulau Pangkor


                                                       
       Bukan main lagi Haziq , siap dengan mainan yang dibelikan Acik Hardee.


                                                      Sarapan Pagi di Kopitiam Di Sri Manjung,


Friday 16 December 2011

Genap 2 Tahun


Happy Birthday Khairul Haziq..

Atie baru sahaja baik demam, Maklumlah terlalu asyik menyulam dan belajar kraftangan dari kain felt, Lupa  kesihatan tu. Lagipun sekarang cuaca tak menentu  tu yang dapat demam sakit sakit badan. Sekarang dah nak masuk penghujung bulan 12 bermakna dah masuk ujung tahun 2011. Masa begitu pantas sekali. Bulan nie jugalah genaplah Khairul Haziq 2 tahun.Maklumlah Khairul nie lahir time Krismas. Semua orang cutikan.Tak sangka anak ibu nie dah besar rupa yer..pejam celik pejam celik sekejap sahaja masa berlalukan.. Kebetulan cuti panjang sikit kami sekeluarga balik kampung. Masa cuti nie Atie berkesempatan buat sikit jamuan yang  dibantu ibu Atie dan adik atie. Kami panggil die mak ngah..Die ahh beriya2 menyiapkan segala2..terima kasih mak ngah dari buatkan untuk Khairul Haziq.

Inilah kek Haziq siap ada 2 ekor Angrie birds lagi.
Mak Ngah sponsor.Thanks you Mak Ngah.

Khairul Haziq siap nyanyilah ikut dia ahh..Beriya2

Sedia kek untuk dipotong.

Ibu Haziq pun sibuk nak potong kek. Dulu kecik2 tak dapat.


Mak Ngah siap posing lagi...yang penting gaya bergambar tu..


      Nasi ambeng                                         Mee Bandung



                                            Ini Opah Haziq ,
                                        Haziq suapkan opah                        Ini abah Haziq

                                 Doa ibu semoga Khairul Haziq menjadi anak yang soleh.

Friday 9 December 2011

Reben..ohhh reben

Salam semua...

Itu hari saya turun kl (jalan tar). Maklumlah syok-syok menyulam tak sedar reben pun dah nak habis. Reben pun hanya dari starter kit dari Kak Ann ajer. Jadi ajak hubby temankan cari reben. Atas kesibukkan kerja hubby, jadi die tak dapat temankan Atie. Tak apalah lagipun  selama nie hubby yang banyak membantu dan support Atie. Alhamdulillah hubby Atie seorang yang memahami. Biasa pegi jalan Tar, Atie ditemani hubby Atie.So Atie pegi sorang ajer. Alah siapa tak kenal jalan tar tu..Budak kecik pun tau. maksud Atie budak sekolahlah. Suatu tempat yang cukup popular. Bermacam-macam jenis kain boleh didapati dengan harga yang murah dan berpatutan..Sesiapa yang dok kl senang bagi mereka bershoping. Lain macam kita nie nun jauh..Terpaksa mencari suatu hari yang sesuai untuk pegi sana. Saya pegi jalan tar sebenar untuk mencari reben...saya pegi kedai syarikat reben  sdn bhd, bermacam jenislah....gila dibuat yer..maklumlah atie pun jarang turun kl.kalau tak der benda nak dicari jangan haraplah..disebabkan tengah syok belajar sulaman reben..atie redah gak ahh..rambang mata tengok reben yang bermacam -macam colour tu..ishhh..beli sampai tak ingat dunia...tengok ahh apa yang atie....


Atie borong reben di kedai syarikat reben .

Kain nie Atie beli kat Globe @ Sarah Huggies.

Kain Felt

Salam semua ..

Kali ini atie nak berkongsi dengan teman2 mengenai kain felt. Merupakan kraftangan juga .. melihat teman2 diluar yang mempunyai minat yang sama , hati ini teruja juga untuk melihat dan menghasilkan yer sendiri. Dalam masa yang sama juga permintaan untuk sulaman reben pun dah ada cuma masa ajer atie tak berkesempatan lagi. Tapi tak perlah sekurang kurang atie tidak ketinggalan karangkraf yang terbaru. Pada bulan yang nie ade kenduri kesyukuran jadi sekurang2 produk dari kain felt ini hasil kerja tangan atie , Atie hadiah kuntuman bunga nie kepada kanak2 terutama yer adik2 sepupu Atie tu..


Cantikkan button niekan..











Ini bahagian belakang bunga ini.

Sunday 6 November 2011

Migrain...migrain...Adoh...datang lagi...

Salam semua...
Selamat Hari raya semua kepada mereka yang beragama islam..Nak minta petua kepada you all diluar sana tu..macamana nak kurangkan migrain pun jadilah...sakit kepala yang amat sangat...kekerapan yang berlaku selepas saya bersalin..boleh dikatakan setiap bulan. Mengharapkan ubat sahaja sampai bilakan..Kadang malas nak pikir..terpaksalah telan...bermacam petua dah cuba still masih belum ada yang betul2 meredakan.
Atie masih mengharapkan kalau ada yang sudi berkongsi masalah yang atie hadapi...amat2 dialu2kan..

Raya korban kali nie atie sekeluarga balik kampung atie, nak dijadikan cerita...balik kampung nak makan sup daging maklumlah itulah sajian utama yang biasa keluarga nantikan..tapi disebabkan kepala yang sakit sejak balik maka terbantutlah...untuk menjamu hidangan yang cukup enak tu..2 hari atie tak lalu makan sedih rasa yer..

Beriya2 balik kampung untuk menyiapkan sulaman reben..tapi apakan daya..kesihatan yang tidak mengizinkan maka tersimpanlah ia didalam beg...apapun hati nie sentiasa ingin mencari idea2 baru untuk sulaman. Melihat sulaman kak ina(sulamchanting) n diari ann hati nie sentiasa ingin mencuba dan mempelajari dari mereka. Mereka adalah sifu saya.

Friday 4 November 2011

Sulaman RE Atie

Cari punya cari.........

Salam Semua..
Disini saya nak berkongsi  dengan kekawan ...saya mula berjinak dalam dunia kraftangan ini dah lama. Sebagai hobi serta minat. Saya buat pun hanya kelapangan sahaja. Maklumlah dah jadi seorang isteri n ibu nie masa begitu terhad. Maka pepandailah diri ini membahagikan masa. Saya tengok diluar sana sudah ramai surirumah yang berkerjaya dalam dunia siber. Tak nak diri ini ketinggalan juga maka saya nekad untuk mencuba insyaallah dengan izin allah .

Sejak kebelakangan ini kerja diopis tak ler berapa sibuk, jadi dari tak nak membuang masa kawan saya mengesyorkan saya melihat blog2 yang sesuai dengan minat saya. Maka nak dijadikan cerita saya mulalah menyelokar laman web yang sesuai dengan jiwa saya..Cari punya cari...saya berkenan satu blog ini nak tahu apa?Ahhhh ...syyyyyyyyyyyyyy

Satu blog yang saya rasa cukup minat saya terokai nak apa? Blog Diari Ann. Tak tahulah saya macamana jatuh cinta pada blog kak Ann. Mungkin citarasa dan minat saya terhadap blog kak Ann..Saban hari saya menjenguk yer..Tengok hasil kerjatangan yang teliti n halus ...hati nie teruja untuk mempelajari. Macam bercerita pulak saya niekan. Oklah nak dijadikan ceritakan...mmmm..
Lama juga saya belek2 laman web...hati nie tak sabar terus saya pesan kat kak ann starter kit sulaman reben..Sebagai langkah pertama.Terima kasih akak memberi peluang kepada saya mempelajari sulaman reben. Dah dapat starter kit sulaman dari kak ann..Bermula satu episod baru pada diri ini...Maklulmlah jemari nie dah kasar kut untuk membuat kraftangan. Tak per tak nak cerita panjang nanti boring pulak you all . Jomlah kita close up sekejap.

hasil craft world atie..


Sulaman RE yang pertama
                                                         Dah pun diambil oleh Acik ruby uhuhuu...
Design yang pertama yang Atie buat...bila dah siap..sayang pulak nak bagi kat orang.


Ini adalah hasil craftworld atie yang pertama kali...Terima kasih kepada kak Ann.

Masih banyak lagi harus diperlajari, diperhalusi ketelitian n kekemasan..Harap you all berilah komen.

Wednesday 2 November 2011

Craft World Atie namaku berikan..

Salam sahabat diluar sana...ini adalah hari kedua saya dalam memdalami dunia blog, first time ada blog seronok dan teruja untuk menerokai....kadang kadang asyik tengok blog orang hati tu tertanya tanya bilalah diri ini ada blog sendirikan. Sampai bila kita nak tengok orang lain berjaya tapi kita sendiri tak memperhebatkan diri kita.
Nak tahu dalam perjalanan ke ofis tadi tetiba datang satu idea yang saya kira sesuai dengan jiwa saya ...lantas hati dan jari nie tak sabar untuk meluahkan yer...nak tahu apa...Craft World Atie..apa pendapat kawan. Jenuh juga nak pikirkan nama yang sesuai. Maka terhasillah blog nie dinamakan Craft World Atie. Mudah-mudahan ia bersesuaian dengan jiwa dan hati ini.Harapan saya semoga saya sebahagian dari kawan kawan dalam maya ini.

Tuesday 1 November 2011

Cabaran hari pertama berblog...

Salam semua...nak tahu hari ini, dalam sejarah saya pertama kali belajar buat blog. Selama ini asyik tengok blog orang saja. Zaman teknologi serba canggih ini masih ada lagi orang yang buta IT.
Nak tahu siapa...sayalah orang. Atas kesungguhan kawan yang sanggup berkongsi ilmu, die telah mengajar saya cara membuat blog ini. Alhamdulillah  maka terhasil blog ini. Tapi untuk nama yang sesuai blog ini nantilah difikirkan.
Cuma saya nak berkongsi dengan kekawan diluar sana..walaupun saya buta IT tapi saya nak juga mencuba dunia teknologi yang serba moden ini. Nanti tidaklah orang kata kita ketinggalan zaman pulak.
Sebagai mukadimah yang pertama kali dan yang julung kali  saya memperkenalkan diri saya.
Saya merupakan seorang yang isteri yang berkerjaya dan seorang ibu , tapi disebabkan minat saya mula berjinak jinak dalam dunia kraftangan. Dah lama juga saya berjinak dunia kraftangan ini tapi disebabkan masa dan kerja , saya lupakan seketika.Tapi allah memberi kita kelebihan dan kekurangan jadi kita sebagai insan yang lemah perlulah bijak membahagi masa tu sebaik2 yang mungkin.Insyaallah semangat dan dorongan orang sekeliling akan saya jadikan blog ini  untuk saya menghasilkan kraftangan saya..Mohon maaf sekira ade terkasar bahasa..