Saya ingin berkongsi sedikit pengalaman saya bersama produk shaklee. Sapa tak kenal Shaklee....ohh ada yang tak tahu rupa yer. Tak kisahlah saya pun dulu tak kenal apa itu shaklee. Saya kenal atas sebab penyusuan . Atie berniat untuk menyusukan anak yang kedua sehingga 2 tahun kalau diizinkan oleh allah. Jadi semasa mengandung Atie banyak membaca artikel tentang penyusuan. Rasa sedih dan agak terkilan juga sebab kurang pengetahuan tentang penyusuan ibu amat penting. Kali ini Atie niat untuk mencuba yang terbaik dari sebelum ini. Harap tidak terlambat. Sambil tu Atie ada juga tanya kepada kawan. Mereka memperkenalkan produk shaklee iaitu ESP. ESP sangat bagus dalam penghasilan susu ibu. Atie macam teruja jugalah. Keinginan dihati ingin mencuba mana kita tahu kalau kita tidak memcuba. Jadi
Atie carilah produk shaklee di blog2 penyusuan. Banyak memberi komen tentang
ESP sangat bagus yang mana susu tak ada pun boleh ada, penghasilan susu pekat
dan banyak.
Alhamdulillah Atie
jumpa blog www.permatacintaku.blogspot.com. Tapi Atie mengunakan ESP selepas
bersalin. Perasan takut tu adalah maklumlah first time makan suppliment shaklee
pulak tu time baru lepas bersalin. Paham-paham jerlahkan. Tapi yang penting
niat untuk memberikan penyusuan anak tu lebih.
Lepas bersalin
doktor mengesahkan anak Atie G6PD. Yaallah allah telah memberi aku sedikit
dugaan. Tak tahu nak kata masa tu. Atie terpaksa ditahan buat sementara
waktu untuk pemantauan anak Atie. Kebetulan dalam pada masa yang sama Atie
kekurangan darah. Semasa di hospital setelah doktor mengesahkan Atie dan anak
Atie ditahan untuk pemantauan, dikuatiri anak Atie terkena kuning yang agak
serius tapi Atie tidak tunggu Atie fokus pada baby sahaja sentiasa menyusukan
pada jer. Setiap setengah jam akan Atie beri susu pada yer. Sedih tengok baby
yang masih kecil sentiasa dicucuk. Ibu mana tak sedih tengok keadaan
demikian..Masa itu belum lagi makan shaklee.
ESP- Shaklee
Balik rumah
Atie berpantang dikampung , kali ini Atie tidak makan jamu langsung takut
dikhuatiri anak kuning, jadi Atie makan terus produk shaklee ESP, B-Complex.
Sepanjang Atie berpantang Atie minum ESP sebagai minuman pagi Atie.
Alhamdulillah Atie amalkan minum ESP susu limpah ruah.. Alhamdulillah
setahun sudah, Aneesa masih menyusu badan lagi , Atie masih mengepam lagi .
Pertama kali pam susu dengan mengunakan Pam Medela |
Sessi ke-2 mengepam |
Susu yang telah dipam semasa dalam pantang satu bulan |
Baby Nuraneesa Damia