Salam semua kali ini Atie hendak berkongsi cara hendak membuat label sendiri. Walaupun tidak semua Atie paparkan sekurang-kurang kawan diluar sana boleh membuat sendiri . Masa mula-mula tempah dekat elma (rakan FB), label itu untuk buat sulaman reben tapi memandangkan rezeki untuk apron bertambah, jadi Atie ingat nak buat label sendiri. Jadi Atie sibuklah mengoogle untuk membuat label sendiri. Sebelum tu bahan rujukan Atie adalah blog Tinihani.com.
Disitu sis Hani ada ajar macamana hendak buat label sendiri. Kalau ikutkan sudah lama juga hendak buat label sendiri tapi tidak berkesempatan waktu terpaksa Atie tangguhkan buat sementara waktu.
Bahan yang diperlukan :-
* Hp- Iron Transfer paper
* Tali barut - ikut size sendiri
* Cara-cara nak membuat label - sila rujuk pada Blog Tinihani.com
Ini adalah sebahagian yang dapat Atie paparkan.
Label yang siap diprint pada Hp transfer paper. |
Label tadi potong mengikut size tag yang kita gunakan |
Label transfer pada kain barut mengikut size yang dikendaki. |
Ini adalah hasil dari Atie mempelajari teknik-teknik untuk membuat label sendiri. Walaupun tak seindah mana tak secantik mana, hasil usaha sendiri untuk menghasilkan tag sendiri adalah satu kepuasan pada Atie. Syukur alhamdulillah dengan jaya yer...Keluarlah satu label sendiri dari Craftworldatie. Yesss...
No comments:
Post a Comment