Wednesday, 25 January 2012

Azam...Azam..Azam..

     Salam sejahtera buat sahabat yang diluar sana mahupun yang berada didalam alam siber...masih baru lagi tahun  baru...ye ke...boleh katakan baru lagilah...yelah mana tidak yer tinggal satu hari lagi sahaja kaum cina akan menyambut tahun baru. Adoh cepat sangat masa berlalu... Dah pulak tu lama sangat Atie tak berblog, bersawang blog Atiekan..Maklumlah awal tahun sibuk sikit dengan menguruskan rumah tangga..Biasalah sebagai seorang wanita , yang sentiasa bekerja siang malam tidak kira pernah erti penat.
    Itulah  kekawan macamana azam tahun ini pulak. Setiap kali menjelang Tahun baru..mesti  ada azam...kenapa yer?azam nak membesarkan perniagaan, azam nak cepat cari jodohlah, azam nak beli kereta barulah...mereka yang bercita cita untuk memiliki sesuatu yang mereka inginkan mereka akan berazam..Ada juga sesetengah yang berazam hangat-hangat taik ayam. Tak kisahlah sekurang kurang yer kita ada perubahan pada diri kita. 
    Azam..Atie..cuma berdoa agar allah memberikan keberkatan setiap rezeki yang Atie terima..dan sentiasa berdoa  untuk menjadi seorang insan yang lebih sempurna dan kebahgiaan yang berkekalan. Amin..
Dan kali ini, tahun ini Atie berazam untuk mencuba bidang kraftangan sebagai hobi pada mula yer kepada perniagaan secara online secara kecil-kecilan. Mudah-mudahan sokongan dari suami, anak , keluarga serta kekawan yang terdekat memberi dorongan dan sokongan akan memberi kekuatan pada Atie...Insyaallah..
   Maklumlah dah lama rasa yer Atie tidak upload gambar -gambar terkini. Harap teman-teman di luar sana tidak tertunggu-tunggu..Tapi dalam diam -diam Atie..sebenar yer Atie menghasilkan dan masih dalam mempelajari sulaman reben dan felt.
  Dah lama Atie siapkan sulaman ini. Tak berkesempatan nak upload. Ini sulaman reben yang Atie pelajari dari teknik sulaman kak Ina. Masih kaku lagi rasa yer jemari nie untuk membentuk kuntuman.

  


Dah siap sepasang sarung kusyen yang bersaiz 16" x 16"



No comments:

Post a Comment