Cari punya cari.........
Salam Semua..
Disini saya nak berkongsi dengan kekawan ...saya mula berjinak dalam dunia kraftangan ini dah lama. Sebagai hobi serta minat. Saya buat pun hanya kelapangan sahaja. Maklumlah dah jadi seorang isteri n ibu nie masa begitu terhad. Maka pepandailah diri ini membahagikan masa. Saya tengok diluar sana sudah ramai surirumah yang berkerjaya dalam dunia siber. Tak nak diri ini ketinggalan juga maka saya nekad untuk mencuba insyaallah dengan izin allah .
Sejak kebelakangan ini kerja diopis tak ler berapa sibuk, jadi dari tak nak membuang masa kawan saya mengesyorkan saya melihat blog2 yang sesuai dengan minat saya. Maka nak dijadikan cerita saya mulalah menyelokar laman web yang sesuai dengan jiwa saya..Cari punya cari...saya berkenan satu blog ini nak tahu apa?Ahhhh ...syyyyyyyyyyyyyy
Satu blog yang saya rasa cukup minat saya terokai nak apa? Blog Diari Ann. Tak tahulah saya macamana jatuh cinta pada blog kak Ann. Mungkin citarasa dan minat saya terhadap blog kak Ann..Saban hari saya menjenguk yer..Tengok hasil kerjatangan yang teliti n halus ...hati nie teruja untuk mempelajari. Macam bercerita pulak saya niekan. Oklah nak dijadikan ceritakan...mmmm..
Lama juga saya belek2 laman web...hati nie tak sabar terus saya pesan kat kak ann starter kit sulaman reben..Sebagai langkah pertama.Terima kasih akak memberi peluang kepada saya mempelajari sulaman reben. Dah dapat starter kit sulaman dari kak ann..Bermula satu episod baru pada diri ini...Maklulmlah jemari nie dah kasar kut untuk membuat kraftangan. Tak per tak nak cerita panjang nanti boring pulak you all . Jomlah kita close up sekejap.
hasil craft world atie..
Sulaman RE yang pertama
Dah pun diambil oleh Acik ruby uhuhuu...
Design yang pertama yang Atie buat...bila dah siap..sayang pulak nak bagi kat orang.
Ini adalah hasil craftworld atie yang pertama kali...Terima kasih kepada kak Ann.
Masih banyak lagi harus diperlajari, diperhalusi ketelitian n kekemasan..Harap you all berilah komen.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletewahh..cantiknye..hasil pertama dah nampak kehalusannya..tahniah..sungguh teruja..:)
ReplyDelete-hajar, http://hfdelight.blogspot.com-
terima kasih...memberi semangat kepada atie..insyaallah atie cuba memperbaiki lagi masih banyak lagi kelemahan yer...tq adah..
ReplyDelete