Sunday, 6 November 2011

Migrain...migrain...Adoh...datang lagi...

Salam semua...
Selamat Hari raya semua kepada mereka yang beragama islam..Nak minta petua kepada you all diluar sana tu..macamana nak kurangkan migrain pun jadilah...sakit kepala yang amat sangat...kekerapan yang berlaku selepas saya bersalin..boleh dikatakan setiap bulan. Mengharapkan ubat sahaja sampai bilakan..Kadang malas nak pikir..terpaksalah telan...bermacam petua dah cuba still masih belum ada yang betul2 meredakan.
Atie masih mengharapkan kalau ada yang sudi berkongsi masalah yang atie hadapi...amat2 dialu2kan..

Raya korban kali nie atie sekeluarga balik kampung atie, nak dijadikan cerita...balik kampung nak makan sup daging maklumlah itulah sajian utama yang biasa keluarga nantikan..tapi disebabkan kepala yang sakit sejak balik maka terbantutlah...untuk menjamu hidangan yang cukup enak tu..2 hari atie tak lalu makan sedih rasa yer..

Beriya2 balik kampung untuk menyiapkan sulaman reben..tapi apakan daya..kesihatan yang tidak mengizinkan maka tersimpanlah ia didalam beg...apapun hati nie sentiasa ingin mencari idea2 baru untuk sulaman. Melihat sulaman kak ina(sulamchanting) n diari ann hati nie sentiasa ingin mencuba dan mempelajari dari mereka. Mereka adalah sifu saya.

Friday, 4 November 2011

Sulaman RE Atie

Cari punya cari.........

Salam Semua..
Disini saya nak berkongsi  dengan kekawan ...saya mula berjinak dalam dunia kraftangan ini dah lama. Sebagai hobi serta minat. Saya buat pun hanya kelapangan sahaja. Maklumlah dah jadi seorang isteri n ibu nie masa begitu terhad. Maka pepandailah diri ini membahagikan masa. Saya tengok diluar sana sudah ramai surirumah yang berkerjaya dalam dunia siber. Tak nak diri ini ketinggalan juga maka saya nekad untuk mencuba insyaallah dengan izin allah .

Sejak kebelakangan ini kerja diopis tak ler berapa sibuk, jadi dari tak nak membuang masa kawan saya mengesyorkan saya melihat blog2 yang sesuai dengan minat saya. Maka nak dijadikan cerita saya mulalah menyelokar laman web yang sesuai dengan jiwa saya..Cari punya cari...saya berkenan satu blog ini nak tahu apa?Ahhhh ...syyyyyyyyyyyyyy

Satu blog yang saya rasa cukup minat saya terokai nak apa? Blog Diari Ann. Tak tahulah saya macamana jatuh cinta pada blog kak Ann. Mungkin citarasa dan minat saya terhadap blog kak Ann..Saban hari saya menjenguk yer..Tengok hasil kerjatangan yang teliti n halus ...hati nie teruja untuk mempelajari. Macam bercerita pulak saya niekan. Oklah nak dijadikan ceritakan...mmmm..
Lama juga saya belek2 laman web...hati nie tak sabar terus saya pesan kat kak ann starter kit sulaman reben..Sebagai langkah pertama.Terima kasih akak memberi peluang kepada saya mempelajari sulaman reben. Dah dapat starter kit sulaman dari kak ann..Bermula satu episod baru pada diri ini...Maklulmlah jemari nie dah kasar kut untuk membuat kraftangan. Tak per tak nak cerita panjang nanti boring pulak you all . Jomlah kita close up sekejap.

hasil craft world atie..


Sulaman RE yang pertama
                                                         Dah pun diambil oleh Acik ruby uhuhuu...
Design yang pertama yang Atie buat...bila dah siap..sayang pulak nak bagi kat orang.


Ini adalah hasil craftworld atie yang pertama kali...Terima kasih kepada kak Ann.

Masih banyak lagi harus diperlajari, diperhalusi ketelitian n kekemasan..Harap you all berilah komen.

Wednesday, 2 November 2011

Craft World Atie namaku berikan..

Salam sahabat diluar sana...ini adalah hari kedua saya dalam memdalami dunia blog, first time ada blog seronok dan teruja untuk menerokai....kadang kadang asyik tengok blog orang hati tu tertanya tanya bilalah diri ini ada blog sendirikan. Sampai bila kita nak tengok orang lain berjaya tapi kita sendiri tak memperhebatkan diri kita.
Nak tahu dalam perjalanan ke ofis tadi tetiba datang satu idea yang saya kira sesuai dengan jiwa saya ...lantas hati dan jari nie tak sabar untuk meluahkan yer...nak tahu apa...Craft World Atie..apa pendapat kawan. Jenuh juga nak pikirkan nama yang sesuai. Maka terhasillah blog nie dinamakan Craft World Atie. Mudah-mudahan ia bersesuaian dengan jiwa dan hati ini.Harapan saya semoga saya sebahagian dari kawan kawan dalam maya ini.

Tuesday, 1 November 2011

Cabaran hari pertama berblog...

Salam semua...nak tahu hari ini, dalam sejarah saya pertama kali belajar buat blog. Selama ini asyik tengok blog orang saja. Zaman teknologi serba canggih ini masih ada lagi orang yang buta IT.
Nak tahu siapa...sayalah orang. Atas kesungguhan kawan yang sanggup berkongsi ilmu, die telah mengajar saya cara membuat blog ini. Alhamdulillah  maka terhasil blog ini. Tapi untuk nama yang sesuai blog ini nantilah difikirkan.
Cuma saya nak berkongsi dengan kekawan diluar sana..walaupun saya buta IT tapi saya nak juga mencuba dunia teknologi yang serba moden ini. Nanti tidaklah orang kata kita ketinggalan zaman pulak.
Sebagai mukadimah yang pertama kali dan yang julung kali  saya memperkenalkan diri saya.
Saya merupakan seorang yang isteri yang berkerjaya dan seorang ibu , tapi disebabkan minat saya mula berjinak jinak dalam dunia kraftangan. Dah lama juga saya berjinak dunia kraftangan ini tapi disebabkan masa dan kerja , saya lupakan seketika.Tapi allah memberi kita kelebihan dan kekurangan jadi kita sebagai insan yang lemah perlulah bijak membahagi masa tu sebaik2 yang mungkin.Insyaallah semangat dan dorongan orang sekeliling akan saya jadikan blog ini  untuk saya menghasilkan kraftangan saya..Mohon maaf sekira ade terkasar bahasa..