Thursday 1 March 2012

Order dari Customer

    Assalamualaikum sahabat semua..semoga pagi yang indah hari ini diberi keberkatan dan dipermudahan urusan harian kita. Insyaallah..Alhamdulillah lama juga Atie tak up date blog Atie yang dah bersawang nie. Melihat kekawan kita yang berblog cantik-cantik belaka blog mereka. Maklumlah Atie bukan pandai sangat bab-bab nie.Mohon maaflah yer.
             Sekadar ingin berkongsi aktiviti apa yang Atie buat. Nak kata sibuk sangat tu tak aderlah tapi tahu ajerlah kalau wanita yang bekerja, yang mempunyai anak dan suami . Macam-macam
kerja dibuat, samada dipejabat atau dirumah. Sentiasa sibuk, tak pernah habis dengan kerja. Setuju tak kekawan diluar sana. Oklah Atie pun tak nak melalut panjang just nak berkongsi apa yang Atie buat. Sejak terjebak dalam dunia felt nie alhamdulillah permintaan kekawan dan saudara tak pernah putus. Jadi masa untuk update blog asyik tertangguh ajer. Dalam masa yang sama juga Atie sentiasa mempelajari bentuk dan design baru.
              Selain Atie menerima tempahan dari custumer Atie dah pun keluarkan Starter kit atau Trial untuk kekawan yang ingin atau baru nak belajar dalam kraftangan. Bukan itu saja Atie pun sudah adakan kelas untuk mempelajari kraftangan. Insyaallah masa akan datang akan Atie cuba perbaiki lagi blog Atie ini dan juga Sulaman reben..Adoh rasa rindu pulak nak menyulam tapi bila yer. Maklumlah ada saja permintaan kawan untuk felt. Tak sampai hatikan nak lukakan hati kawan yang memberi kepercayaan pada kita. nsyaallah akan Atie cuba untuk melakukan yang terbaik untuk pelanggan Atie. Tanpa mereka sapalah Atie disinikan. Oklah disini sebahagian gambar yang sempat Atie up load untuk tatapan kekawan.


Brooch Star
1pc  - RM3.50




Tempahan dari seorang kawan akak.


                                     
Sepit rambut yang berwarna.
Warna hanya terdapat biru, hijau, unggu, jingga, merah dan merah jambu
1 pair - RM5.50


     
  
 Sepit Rambut
1 pair - RM4.50
Warna boleh anda pilih

Keychain yang bertulis
1pc - RM4.50
Sebarang tulisan Atie sediakan.
Harga bergantung kepada perkataan.
                     

Keychain
1pc - RM4.00

Ini adalah purse coin yang pertama Atie buat.
Dari segi jahitan masih perlu diperbaiki.
100% semua dalam jahitan.
Mohon maaf gambar tak berapa bagus.
      Ini pula bahagian dalam purse coin
Bahagian belakang
   Ini pula bahagian zip purse coin.
  
  

3 in 1 - 1 set
1 pc purse coin
1 pc Brooch Spiral
1 pc Keychain
Hanya RM15.00 tidak termasuk pos laju.

Cekak Rambut - 2 pcs
1pc - 2 kuntum bunga Spiral  RM7.00  (tidak termasuk pos)

Brooch Bunga Spiral
Ini adalah sebahagian customer order.
Sekiranya ada permintaan Atie boleh sediakan dan warna boleh pilih.
Size bagi brooch ini 4cm.
1pc - RM 4.00
50 pcs above - RM3.60
Keychain
1pc - RM4.00

Starter Kit yang mula-mula Atie packing.
Starter Kit yang telah di up grade sedikit iaitu dari segi packing
Starter Kit hanya RM10.00 sahaja.
  • New - Starter Kit Blossom * 3 pcs kain felt yang berukuran(21cm x 25cm)
     *  1 pc gam UHU
    * 3 pcs round brooch pin (2cm)
    * 2 pcs brooch pin (1.5cm)
  • *  3 pcs butang pelangi
    * 5 pcs butang kecil
    * 1 pc jarum
        Benang untuk menjahit
    * Serta nota cara-cara untuk membuat brooch blossom
Brooch yang telah siap dipacking untuk customer

Brooch Bunga Blossom
Size 4cm
1pc - RM3.50
50 pcs above - RM3.00

Sepit Rambut atau boleh dibuat aksesori tudung
1 pair - RM5.00


No comments:

Post a Comment