Friday, 20 June 2014

Belajar menjahit Baju Kurung

Alhamdulillah ...allah beri nafas lagi kepada kita semua. Syukur kehadrat illahi.
Assalamualaikum lama saya tak update blog saya. Kesuntukkan masa bekerja serta keluarga terpaksa Atie utamakan dahulu barulah hobi Atie.

Bulan lepas saya sekeluarga sibuk membuat persiapan adik perempuan Atie kahwin. Alhamdulillahh semuanya berjalan dengan lancar.




Hanya ini sahaja yang dapat disnap 
sekitar majlis pernikahan adik




Hasil kraftangan dari ibunda Atie Sendiri
Selesai sudah majlis kahwin adik Atie, Atie terus masuk kelas menjahit membuat baju kurung yang dianjurkan oleh Mara -Program 1Malaysia. Cikgu yang mengajar ini adalah cikgu Rohana.Walaupun cuaca yang agak panas tambah lagi badan yang tidak berapa sihat Atie tetap pergi mengikuti kelas tersebut. Alhamdulillah selesai juga membuat sepasang baju kurung.






Sessi bergambar selesai membuat baju kurung

Setelah selesai mambuat baju kurung , Atie terus sambung membuat baju kurung moden pulak. Tak sempat nak snap gambar. Diikuti kelas membuat baju kurung moden yang yang diajar oleh cikgu Fairuz.

Ini pula  sessi membuat baju kurung moden

Atie bersyukur dapat mempelajari dalam bidang jahitan, walaupun dulu tak pernah pegang mesin jahit. Setakat apa itu mesin jahit tahu , tapi setelah belajar disini rasa keseronokkan dan kepuasan ada disini. Alhamdulillah harapan program sebegini diteruskan.Insyaallah.









Sulaman Reben

Sulaman Reben

Lama benar Atie tidak menyulam sejak ada anak perempuan, segala alat-alat sulaman Atie simpan. Bila anak Atie besar barulah Atie mulakan balik. Jenuh juga lah menyelongkar balik barang-barang sulam.
Mula-mula buat kekok jugalah tangan. Adoh orang kata kena asah balik kemahiran tu..
Jadi inilah hasil sebahagian hasil yer..jom tengok..

2 set sarung kusyen



2 set sarung kusyen
Wall Hanging
Jikalau ada yang berminat boleh hubungi Atie. Craftworldatie sedia menerima tempahan. Untuk keterangan lanjut boleh hubungi Atie.






Brooch Dari Kain Felt

Mari-mari lagi brooch dari felt. Brooch Atie jual secara borong. Nak habiskan stock buat brooch dari kain cotton pulak. Tukar selera sikit.

100 pcs  - RM70.00

1 pc - RM1.00


Tanda Buku 
1 pc - RM4.00

Brooch Button
1 pc - RM3.00

Brooch Flower
1 pc - RM3.00