Friday, 26 September 2014

Wall Hanging dan Cover Cousion

Assalamualaikum ..alhamdulillah allah beri kita bernafas lagi..syukur alhamdulillah. Disini Atie sempat buat  3 set Wall Hanging dan 2 set Cover Cousion. Tapi  hanya sempat upload ini sahaja. Cuci mata sekejap.



Wall Hanging 12"

1 Set Cover Cousion and Cover tissue

Add caption

Friday, 19 September 2014

Kelas Sulaman Reben Julung kalinya diadakan.


Baru-baru ini, Atie ada buat kelas sulaman reben. Atie buat kelas sulaman reben ini atas permintaan kawan-kawan. Alhamdulillah sokongan dari keluarga dan kawan, Atie adakan kelas sulaman reben. Perasaan takut gementar tetap ada maklumlah ilmu yang tidak semana boleh buat kelas. Bak kata pepatah dimana ada kemahuan disitu ada jalan. Insyaallah allah sentiasa mengiringi kita sekiranya kita melakukan kebaikan  untuk semua  orang. Bukan  calang-calang orang yang belajar , orang yang sudah ada asas dalam jahitan lagi kalau dibandingkan dengan Atie. Berkat kesabaran dan keyakinan, Atie mencuba. Bak kata pepatah alang-alang penyeluk pekasam biar sampai penggal jalan. Atie berdoa semoga dipermudahkan segala urusan dalam mengajar  bidang kraftangan ini berjalan dengan baik. 

Hasil usaha kawan-kawan jahitan dalam menghasilkan sulaman reben.Walaupun pertama kali buat, tapi minat terhadap sulaman terserlah...itu baru 1 hari kalau dipraktikan insyaallah berkat kesungguhan allah permudahkan yer.amin..



            Saya bersyukur kerana dapat 
berkongsi ilmu 
kepada rakan-rakan.





Wednesday, 17 September 2014

Atie n The Geng

Sudah sekian lama tidak bertemu sahabat -sahabat lama...masing-masing dengan kerjaya masing-masing

Pertemuan yang tidak dirancang...apapun happy sesangat dapat berjumpa sahabat-sahabat lama. Miss u all.









Monday, 15 September 2014

CWA Handmade


Ehhhh apa itu CWA Handmade.... Wahh rupa-rupanya Atie dah dapat lesen perniagaan rupanya. Alhamdulillah satu langkah kehadapan Craftworldatie mengorak langkah. Tak sangka juga dalam takut-takut akhirnya...akhirnya satu tiket untuk Atie dalam mengusahakan dalam bidang  kraftangan.
Alhamdulillah allah memberi Atie peluang untuk menerokai satu bidang dalam kraftangan. Syukur kehadrat illahi. Mudah-mudahan dengan ada lesen ini memudahkan Atie berniaga secara lebih telus dan efektif...kemain lagi ayat-ayat tu...yes..yes...syukur alhamdulillah. Gembira sangat-sangat.




Sulaman Reben

Assalamulaikum...

Sekian lama Atie tak update blog Atie....Adoh macamana hendak bikin bisnes online macam ini, asyik tertangguh saja nak update.  bangkit Atie ..bangun Atie... Ya allah  aku bermohon pada mu berilah hambamu kekuatan  untuk mengharungi ini semua. Permudahanlah urusan hambamu ini.....yaallah..


Atie tak sempat nak ucap Selamat Hari Raya dan Selamat Hari Merdeka.Walau macamana pun nak juga ucapkan.Tak salahkan. Selamat Hari Raya dan Salam Merdeka. Cepat sangat masa berlalu. Pejam celik pejam celik...dah hendak masuk hujung tahun..yaallah cepat sungguh masa tu...So apa lagi Atie jangan lengah-lengah lagi..betul tak ? 

Bulan Puasa tadi sempat jugalah Atie mempelajari teknik-teknik sulaman reben melalui buku dan you tube. Hati tu teringin hendak berguru pada Pn Suzana atau Puan Zarina tapi masa belum mengizinkan lagi. Atie masih mengikuti kelas jahitan lagi sampai bulan puasa baru- baru ini.

Alhamdulillah semuanya selesai.Mudah-mudahan segala ilmu yang dipelajari dapat dimamfaatkan sepenuhnya..Amin...Ini adalah hasil yang dapat Atie pelajari...masih jauh lagi perjalanan Atie untuk sampai ketahap macam sifu-sifu kita.




1 SET SARUNG KUSYEN SIZE 15" X 15"



Wall Hanging
Size 12" x 12"







Sibuk-sibuk menyulam sempat juga
 membuat gubahan hantaran untuk anak jiran.

Inilah project Atie yang sempat Atie upload  buat masa ini. Bila sudah nampak hasil yer..keyakinan Atie bertambah semangat lagi untuk mempelbagaikan corak dan kreativiti.
















Mesin Jahit Tepi JUKI MO-05e

              Sejak Atie mula menyulam ni...kena selalu pulak menjahit tepi kain. Sekali jahit boleh tahan juga harga yer. Fikir- fikir sampai bilakan . Jadi Atie mulalah mencari-cari mesin jahit tepi yang mampu milik yang sesuai. Hati tu berkenan hendak guna mesin jahit tepi industri. Besar sungguh hati ini. Boleh tahan jugalah harga. Memandangkan bajet yang kurang mampu serta ruang yang agak sempit jadi hasrat untuk memiliki pendam buat sementara waktu. Ok sementara waktu je tau. Insyaallah jika diberi rezeki yang lebih akan ku miliki jua satu hari nanti. Amin...

           Apalagi Atie ..googleslah tempat Atie mencari  bahan rujukan mana yang sesuai . Selain itu juga Atie ada tengok juga kat FB - kekawan yang menjual mesin jahit tepi fortable . Atie memang tak tahu hendak guna alat mesin jahit tepi yang fortable . Disebabkan ianya satu keperlukan sebagai seorang kraftangan yang melibatkan jahitan, Maka nak tak kena juga ambik tahu...ahahh ambik mak Temah...baru tahu bukan senang nak jadi senang dan bukan senang kerja seorang kraftangan.

         Pertama sekali Atie survey nama mesin jahit tepi yang popular diMalaysia  seperti jenama Singer, Brother  dan Juki. Jenama lain pun ada tak kurang hebat yer.Tak perlah yang penting produk-produk ini mudah dicari. Kemudian Atie survey bahagian fungsi mesin-mesin tersebut.
Maklumlah tak tahu, kena tahu. Bila hati dah tertawan dan boleh handle Atie carilah pengedar mesin jahit tepi . Jadi Atie pilih mesin jahit tepi jenama JUKI . Biasa Jenama Juki orang guna untuk mesin jahit industri, tapi sekarang JUKI telah mengeluarkan satu produk baru iaitu mesin jahit tepi fortable.  Ok ker...entah, Atie cuma. Atie tengok fungsi sama dengan mesin jahit tepi brother, kebetulan mesin jahit Brother kehabisan stock. Jadi Atie survey kat FB. Alhamdulillah allah beri petunjuk satu tempat iaitu Kedai Manik Axis Atrium. Dari Atie nak mencuba mesin jahit tepi Brother dapat yang JUKI. Bolehlah...yang penting fungsi sama. Setelah dapat kata sepakat dari suami, Atie buat pertemuan dengan sis yati untuk jual beli. Lupa pulak nama yer..mohon maaf sis..Alhamdulillah suami beri support pada Atie untuk buat kraftangan.

Mohon maaf sangat sebab tak sempat nak ambik gambar dengar dealer mesin nie. Tak sangka sis nie dah masuk dalam akhbar sinar kalau tak silap Atie. Ahh kelas gitu. Bukan calang-calang orang. Sis Yati siap beri tunjuk ajar lagi cara-cara untuk mengendalikan mesin jahit tepi ini.

Inilah model mesin jahit Tepi JUKI MO-50e

Mesin Jahit Tepi Model MO-05e 

Disediakan tempat untuk peralatan
bahan mesin.

Bunyi yang senyap mudah dibawa
 kemana-mana.
Serta mudah dikendalikan.


Lihat ahh sikecik nie pun nak menjahit juga.


Kepada kekawan diluar sana ingin memiliki mesin jahit tepi  fortable saya syorkan jenama juki atau brother. Jika ingin maklumat lebih lanjut boleh hubungi Atie.

Friday, 20 June 2014

Belajar menjahit Baju Kurung

Alhamdulillah ...allah beri nafas lagi kepada kita semua. Syukur kehadrat illahi.
Assalamualaikum lama saya tak update blog saya. Kesuntukkan masa bekerja serta keluarga terpaksa Atie utamakan dahulu barulah hobi Atie.

Bulan lepas saya sekeluarga sibuk membuat persiapan adik perempuan Atie kahwin. Alhamdulillahh semuanya berjalan dengan lancar.




Hanya ini sahaja yang dapat disnap 
sekitar majlis pernikahan adik




Hasil kraftangan dari ibunda Atie Sendiri
Selesai sudah majlis kahwin adik Atie, Atie terus masuk kelas menjahit membuat baju kurung yang dianjurkan oleh Mara -Program 1Malaysia. Cikgu yang mengajar ini adalah cikgu Rohana.Walaupun cuaca yang agak panas tambah lagi badan yang tidak berapa sihat Atie tetap pergi mengikuti kelas tersebut. Alhamdulillah selesai juga membuat sepasang baju kurung.






Sessi bergambar selesai membuat baju kurung

Setelah selesai mambuat baju kurung , Atie terus sambung membuat baju kurung moden pulak. Tak sempat nak snap gambar. Diikuti kelas membuat baju kurung moden yang yang diajar oleh cikgu Fairuz.

Ini pula  sessi membuat baju kurung moden

Atie bersyukur dapat mempelajari dalam bidang jahitan, walaupun dulu tak pernah pegang mesin jahit. Setakat apa itu mesin jahit tahu , tapi setelah belajar disini rasa keseronokkan dan kepuasan ada disini. Alhamdulillah harapan program sebegini diteruskan.Insyaallah.









Sulaman Reben

Sulaman Reben

Lama benar Atie tidak menyulam sejak ada anak perempuan, segala alat-alat sulaman Atie simpan. Bila anak Atie besar barulah Atie mulakan balik. Jenuh juga lah menyelongkar balik barang-barang sulam.
Mula-mula buat kekok jugalah tangan. Adoh orang kata kena asah balik kemahiran tu..
Jadi inilah hasil sebahagian hasil yer..jom tengok..

2 set sarung kusyen



2 set sarung kusyen
Wall Hanging
Jikalau ada yang berminat boleh hubungi Atie. Craftworldatie sedia menerima tempahan. Untuk keterangan lanjut boleh hubungi Atie.






Brooch Dari Kain Felt

Mari-mari lagi brooch dari felt. Brooch Atie jual secara borong. Nak habiskan stock buat brooch dari kain cotton pulak. Tukar selera sikit.

100 pcs  - RM70.00

1 pc - RM1.00


Tanda Buku 
1 pc - RM4.00

Brooch Button
1 pc - RM3.00

Brooch Flower
1 pc - RM3.00


Friday, 9 May 2014

Apron + Hat Chef

Project 4 - Tempahan dari Babysweet cake team.

Selepas sahaja buat tempahan dari Pn Puteri Noorehan, Atie menerima satu lagi tempahan apron dari Babysweet cake team untuk birthday party sebanyak 27 helai apron termasuk topi . Alhamdulillah proses menyiapkan pun makan masa juga maklumlah Atie hanya buat selepas waktu kerja. Maka waktu itu terlalu singkat. Tapi Atie berterima kasih sebab Puan Pleasance Chong yang menggendalikan program birthday party memberi peluang dan kepercayaan kepada Atie untuk membuat apron. Birthday party ini adalah untuk anak  Puan Annie. Sini Atie tak sempat nak upload semua proses membuat apron. Kepada yang berminat bolehlah hubungi Atie.
Proses menyiapkan topi chef.








Apron + hat siap packing