Thursday, 1 March 2012

Order dari Customer

    Assalamualaikum sahabat semua..semoga pagi yang indah hari ini diberi keberkatan dan dipermudahan urusan harian kita. Insyaallah..Alhamdulillah lama juga Atie tak up date blog Atie yang dah bersawang nie. Melihat kekawan kita yang berblog cantik-cantik belaka blog mereka. Maklumlah Atie bukan pandai sangat bab-bab nie.Mohon maaflah yer.
             Sekadar ingin berkongsi aktiviti apa yang Atie buat. Nak kata sibuk sangat tu tak aderlah tapi tahu ajerlah kalau wanita yang bekerja, yang mempunyai anak dan suami . Macam-macam
kerja dibuat, samada dipejabat atau dirumah. Sentiasa sibuk, tak pernah habis dengan kerja. Setuju tak kekawan diluar sana. Oklah Atie pun tak nak melalut panjang just nak berkongsi apa yang Atie buat. Sejak terjebak dalam dunia felt nie alhamdulillah permintaan kekawan dan saudara tak pernah putus. Jadi masa untuk update blog asyik tertangguh ajer. Dalam masa yang sama juga Atie sentiasa mempelajari bentuk dan design baru.
              Selain Atie menerima tempahan dari custumer Atie dah pun keluarkan Starter kit atau Trial untuk kekawan yang ingin atau baru nak belajar dalam kraftangan. Bukan itu saja Atie pun sudah adakan kelas untuk mempelajari kraftangan. Insyaallah masa akan datang akan Atie cuba perbaiki lagi blog Atie ini dan juga Sulaman reben..Adoh rasa rindu pulak nak menyulam tapi bila yer. Maklumlah ada saja permintaan kawan untuk felt. Tak sampai hatikan nak lukakan hati kawan yang memberi kepercayaan pada kita. nsyaallah akan Atie cuba untuk melakukan yang terbaik untuk pelanggan Atie. Tanpa mereka sapalah Atie disinikan. Oklah disini sebahagian gambar yang sempat Atie up load untuk tatapan kekawan.


Brooch Star
1pc  - RM3.50




Tempahan dari seorang kawan akak.


                                     
Sepit rambut yang berwarna.
Warna hanya terdapat biru, hijau, unggu, jingga, merah dan merah jambu
1 pair - RM5.50


     
  
 Sepit Rambut
1 pair - RM4.50
Warna boleh anda pilih

Keychain yang bertulis
1pc - RM4.50
Sebarang tulisan Atie sediakan.
Harga bergantung kepada perkataan.
                     

Keychain
1pc - RM4.00

Ini adalah purse coin yang pertama Atie buat.
Dari segi jahitan masih perlu diperbaiki.
100% semua dalam jahitan.
Mohon maaf gambar tak berapa bagus.
      Ini pula bahagian dalam purse coin
Bahagian belakang
   Ini pula bahagian zip purse coin.
  
  

3 in 1 - 1 set
1 pc purse coin
1 pc Brooch Spiral
1 pc Keychain
Hanya RM15.00 tidak termasuk pos laju.

Cekak Rambut - 2 pcs
1pc - 2 kuntum bunga Spiral  RM7.00  (tidak termasuk pos)

Brooch Bunga Spiral
Ini adalah sebahagian customer order.
Sekiranya ada permintaan Atie boleh sediakan dan warna boleh pilih.
Size bagi brooch ini 4cm.
1pc - RM 4.00
50 pcs above - RM3.60
Keychain
1pc - RM4.00

Starter Kit yang mula-mula Atie packing.
Starter Kit yang telah di up grade sedikit iaitu dari segi packing
Starter Kit hanya RM10.00 sahaja.
  • New - Starter Kit Blossom * 3 pcs kain felt yang berukuran(21cm x 25cm)
     *  1 pc gam UHU
    * 3 pcs round brooch pin (2cm)
    * 2 pcs brooch pin (1.5cm)
  • *  3 pcs butang pelangi
    * 5 pcs butang kecil
    * 1 pc jarum
        Benang untuk menjahit
    * Serta nota cara-cara untuk membuat brooch blossom
Brooch yang telah siap dipacking untuk customer

Brooch Bunga Blossom
Size 4cm
1pc - RM3.50
50 pcs above - RM3.00

Sepit Rambut atau boleh dibuat aksesori tudung
1 pair - RM5.00


Friday, 10 February 2012

Bertemu Sahabat Lama dan Bunga baru...

        Salam semua...cuaca pagi nie cerah sekali, alhamdulillah allah beri kita keizinan untuk meneruskan kehidupan sepert biasa. Pertama kali Atie nak ucapkan terima kasih sahabat lama kita iaitu Fizah kerana sudi datang umah Atie nun gak jauhlah. Bertemu sahabat lama perasaan gembira tak terkata..Tapi sayang yer tak sempat saya nak upload gambar die sekeluarga..Tak perlah mungkin hari lain insyaallah.
          Kesempatan inilah juga sahabat kita belajar kraftangan dari kain felt.Tak sangka Fizah pun ada bakat dalam kraftangan rupa yer..Cuma tak diasah jer. Macam Atie...dulu hanya tahu pegang keyboard ajer..tak sangka jari- jari ini ada kemahiran.Alhamdulillah allah memberi Atie kemahiran. Walaupun masa yang agak singkat tapi sempat juga Fizah membuat beberapa kraftangan. Tengoklah hasil dibawah ini.


Bunga Rose dari felt Atie baru belajar.

Sepit rambut dan boleh dijadikan aksesori lain.


Penambahan stock


Siap packing, tak sempat nak show kekawan tapi dah dibeli oleh akak Mai.Terima kasih kak Mai


                                

Inilah Hasil kraftangan Fizah.Cantikkan


Thursday, 2 February 2012

Starter kit Brooch Blossom

Salam sejahtera ...petang nie mengantuk yer ahh..tak perlah just nak inform pada kekawan yang baru nak belajar dalam kraftangan ...atie ada menyediakan set starter kit. Dengan hanya RM10.00 sahaja.





Wednesday, 25 January 2012

Sulaman Re

    Sulaman Re kali nie adalah sulaman reben dari teknik kakak sifu kita iaitu Kak Suzana . Atie sudah beli CD E-book dari kak Suzana. Tak sempat nak upload CD. Kepada kekawan yang berminat untuk mempelajari sulaman reben bolehlah ke blog kak sifu kita  Diari Ann. Boleh tahan juga teknik sulaman ini... Begitu mencabar kesabaran kita. Atie nie tak sabar kalau dah nampak atau terbayang-bayang bentuk bungadie...belum sempat jahit dah..Atie ambik  gambar dulu...perr...ternampak hasil yer...satu kepuasan...Ini adalah teknik salah satu yang Atie gunakan dalam sulaman Re kali ini dalam CD E-Book kak Ann. Ini yang pertama kali...Masih banyak lagi yang perlu diperbaiki...


Untuk Sarung bantal kusyen 16" x 16"




Ini Atie gunakan reben 1"




Ini pula Sulaman Re dari teknik kak Ina yang Atie gunakan.

Masih mengunakan reben 1 "


Kain Felt 2012

   Sebenar Atie sekarang sibuk mempelajari kraftangan yang agak top juga pada masa kini iaitu kraftangan dari kain felt. Tak sempat nak upload ada saja permintaan ..alhamdulillah..permintaan dari kekawan dan saudara amat mengalakkan.. tapi tak bermakna Atie melupakan sulaman reben...cuma Atie rehat seketika ..

                               Gift ketika Birthday Haziq


Sudah siap packing



Bunga Blossom dari Kain Felt



Keychain yang baru Atie pelajari