Friday 14 March 2014

BUNGA TELUR dari FELT

Assalamualaikum... Disini Atie nak berkongsi. Gambar bunga telur dari FELT yang sudah sekian lama. Kira tahun lepas jugalah . Tak berkesempatan nak upload dalam blog. Selamat mencuci mata.

Bunga telur dari Pihak lelaki - Berbentuk baju kod



Ini lah hasil bunga telur dari kain felt yang berbentuk kemeja. Lama sudah tak buat kraftangan sejak bersalin tu hari...sebulan jugalah Atie nak siapkan. Itupun curi-curi masa. Atie buatkan khas untuk sepupu Atie.


Wednesday 12 March 2014

Apron Kanak-kanak

   Baru - baru nie, taska Haziq ada pembelajaran baru iaitu melibatkan pengunaan apron. Tak kisahlah subject apa yang die belajar janji die minat . Kebetullan ustazah nak mengunakan apron.  Apa lagi laju aje Atie cari kain untuk membuat apron untuk Haziq, Pening juga nak cari jenis kain yang sesuai untuk budak-budak nie. Perasaan teruja menjahit , maklumlah baru lepas belajar jahit baju kurung.
 Mulalah Atie google tengok apron untuk kanak-kanak.Google-google …ishh susah juga nak cari pattern  apron  kanak-kanak. Akhir dapat juga Atie pattern apron untuk kanak-kanak. Harap bersesuaianlah.




Pattern Apron kanak-kanak


Gambar Haziq serta apron.

 Dah siap apron , Haziq bawa apron ke sekolah, Jadi Ustazah Haziq berminat dan meminta Atie buatkan apron untuk  pelajar Celik Ilmu.  Seronok betul Atie dapat peluang membuat apron untuk kanak-kanak Celik Ilmu. Ditambah lagi topi ala-ala chef, ingat mudah nak buat topi chef , rupa-rupa rumit juga…adoh nampak jer mudah, bagi Atie yang baru merangkak belajar  ambil masa jugalah…bukan 1 atau 2 helai tapi 16 helai. Berpinar jugalah..masa Atie buat pun lepas kerja-kerja rumah selesai dan anak-anak tidur. Barulah Atie beroperasi.  Ini memberi peluang untuk Atie belajar menjahit. Sejujur dengan ikhlas masih ada orang tengok hasil kerja kita walaupun tak seberapa. Alhamdulillah…maka disini titik permulaan ..Atie mengasah bakat yang ada. Insyaallah akan Atie cuba perbaiki lagi kekemasan jahitan.

Jadi Atie dah cari warna yang sesuai , lalu Atie buatkan untuk Haziq, seronok tengok hasil kerja tangan untuk anak kesayangan.Alhamdulillah…tak sia-sia belajar menjahit. Dan bersyukur sangat sebab mesin jahit masih lagi dengan saya , kalau ikut hati binasa saya dah jual. Atas nasihat orang tua. Alhamdulillah saya masih lagi simpan mesin jahit , kerana dirimu amat berharga .


Percubaan pertama - hasil kerja Atie


                       Topi kanak-kanak sesuai yang berumur 3-5tahun



    Bahagian belakang topi


Bahagian depan topi



                      Akhir dapat juga anak jiran jadi model , alhamndulillah rezeki.





Lagi Apron

Selesai siap apron untuk anak - anak celik ilmu , alhamdulillah Puan Izzah minta buatkan untuk anak -anak die dan die. Nak sedondon, ada baki kain lagi jadi dapatlah atie buatkan apron untuk Puan Izzah. Gambar akan menyusul kemudian.